Hillary Clinton
Hillary Clinton

Hillary Clinton

Hillary Diane Rodham Clinton (lahir 26 Oktober, 1947) merupakan seorang ahli politik Amerika Syarikat. Beliau merupakan Wanita Pertama Amerika Syarikat dari tahun 1993 sehingga 2001, Senator Amerika Syarikat dari New York dari tahun 2001 sehingga 2009, Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-67 dari tahun 2009 sehingga 2013 serta merupakan antara calon Parti Demokrat dalam Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016.Dilahirkan di Chicago, Illinois dan dibesarkan di kawasan pinggir bandar Park Ridge di Chicago, Clinton menamatkan pelajaran di Kolej Wellesley pada tahun 1969 dan mendapat ijazah J.D. (Doktor Juris) dari Sekolah Undang-undang Yale pada tahun 1973. Selepas berkhidmat sebagai peguam perundangan Kongres, beliau berpindah ke Arkansas dan mengahwini Bill Clinton pada tahun 1975. Pada tahun 1977, beliau mengasaskan Peguambela Arkansas untuk Kanak-kanak dan Keluarga. Beliau dilantik sebagai ketua wanita pertama Perbadanan Perkhidmatan Perundangan pada tahun 1978 dan menjadi rakan kongsi wanita pertama di Firma Undang-undang Rose pada tahun berikutnya. Semasa tempoh beliau sebagai Wanita Pertama Arkansas, beliau mengetuai sebuah pasukan petugas di mana cadangan-cadangan pasukan tersebut membantu perlaksanaan pembaharuan sekolah-sekolah awam di Arkansas.Sewaktu tempoh beliau sebagai Wanita Pertama Amerika Syarikat, Clinton adalah seorang peguambela kesetaraan jantina serta reformasi sistem penjagaan kesihatan. Perhubungan pengahwinanya mendapat perhatian awam semasa waktu skandal Lewinsky, dan memaksa beliau mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan komitmennya terhadap perkahwinan beliau bersama suaminya Bill Clinton. Pada tahun 2000, Clinton dipilih sebagai Senator wanita pertama dari New York. Beliau dipilih semula ke Senat pada tahun 2006. Bertanding untuk presiden pada tahun 2008, beliau memenangi lebih banyak undi ahli perwakilan berbanding calon-calon wanita sebelum ini, namun beliau tetap kalah kepada Barack Obama dalam penamaan Parti Demokrat.Sewaktu tempoh beliau sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Obama dari tahun 2009 hingga 2013, Clinton melakkukan tindak balas terhadap Kebangkitan Arab, di mana beliau menyokong campur tangan tentera A.S. di Libya. Beliau membantu menganjurkan pengasingan diplomatik serta rejim sekatan antarabangsa terhadap Iran, dalam usaha memaksa pengurangan tahap program nuklear negara itu; ini lalu membawa kepada perjanjian multinasional Pelan Tindakan Komprehensif Bersama pada tahun 2015. Setelah meninggalkan jawatan selepas terma pertama Obama, beliau menulis buku kelimanya dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan bercakap.Clinton melakkukan kempen pertandingan presiden keduanya pada tahun 2016. Beliau menerima undian umum serta undi perwakilan utama terbanyak pada Pemilihan Awal Parti Demokrat 2016 dan menerima penamaan daripada partinya sebagai Presiden Amerika Syarikat secara rasmi pada 28 Julai 2016 dengan regu beliau senator Tim Kaine sebagai calon naib presidennya. Beliau menjadi calon wanita pertama oleh parti politik utama A.S. yang dinamakan untuk menjadi presiden. Walaupun memenangi undi popular kebangsaan, Clinton kehilangan undi Electoral serta jawatan presiden terhadap lawannya daripada Parti Republikan, Donald Trump. Berikutan kekalahannya, beliau menyatakan pada tahun 2017 bahawa beliau memutuskan untuk memberi tumpuan kepada dirinya untuk menjadi "aktivis warganegara (activist citizen)" mengikut gambaran beliau sendiri.[1]Suaminya ialah Bill Clinton, Presiden Amerika Syarikat ke-42 dari 1993 ke 2001.

Hillary Clinton

Lahir (1947-10-26) 26 Oktober 1947 (umur 73)
Chicago, Illinois, A.S.
Gabenor Bill Clinton
Timbalan James Steinberg
William Joseph Burns
Pekerjaan Ahli politik
Tinggi 165 cm (5 ka 5 in)
Didahului oleh Gay Daniels White
Tandatangan
Alma mater Wellesley College
Yale University
Digantikan oleh Betty Tucker
Pasangan Bill Clinton
Parti politik Parti Demokrat
Anak-anak Chlesea Clinton
Laman sesawang Tapak web rasmi
Presiden Bill Clinton

Berkaitan